Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi kebanyakan ibu bapa untuk tiup makanan bayi yang masih panas sebelum disuap ke dalam mulut si manja.

Baca: Bukan Mengada-ngada Tapi Ini Perubahan Pada Ibu Menyusu. Suami Kena Faham & Ambil Tahu!

Bagi mereka, perbuatan ini adalah perlu untuk memudahkan bayi mengunyah dan menelan makanan.

Hakikatnya, perbuatan tiup makanan si manja sebenarnya berpotensi mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada si manja anda terutamanya jangkitan bakteria.

Mengapa tiup makanan bayi berbahaya?

makanan pejal bayi

Jika dipandang dari sudut kehidupan biasa, perbuatan ibu bapa meniup makanan si manja mungkin tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap bayi malahan membantu bayi menyejukkan makanan mereka.

Ini akan memudahkan mereka untuk makan dengan lebih cepat dan selesa.

Namun begitu, jika dipandang dari sudut kesihatan perbuatan ini sebenarnya akan mendatangkan implikasi kepada si manja.

Baca: KONTRAKSI 8 MINIT SEKALI, ERYNNE ERYNNA TAK BOLEH TIDUR SAMPAI PAGI. KONGSI PENGALAMAN BERSALIN PERTAMA KALI

IKLAN

Ini kerana perbuatan ibu bapa meniup makanan si manja sebenarnya akan menyebabkan makanan tersebut dicemari dengan air liur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria.

Kesannya, makanan yang telah dicemari oleh bakteria-bakteria ini akan menyerang individu yang makan makanan tersebut iaitu bayi anda seterusnya mengakibatkan kondisi kesihatan mereka terjejas.

Apa risiko bakteria ini kepada bayi?

Melalui perbuatan ini, bakteria-bakteria seperti streptococcus mutans dan helicobacter pylori akan tersebar kepada bayi anda.

Bakteria-bakteria ini seterusnya akan menjejaskan kondisi kesihatan bayi anda dengan menyebabkan:

bayi

#1. Kaviti pada gigi bayi

Bakteria yang menyebabkan kondisi ini berlaku adalah streptococcus mutans. Bakteria ini akan meninggalkan asid selepas memakan baki makanan yang tertinggal pada gigi bayi anda.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Asid yang tertinggal pada gigi bayi anda ini akan menghakis gigi dan seterusnya membentuk kaviti.

Baca: Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater

Namun begitu, apa yang lebih membimbangkan adalah bakteria ini menyerang bayi yang masih belum tumbuh gigi.

Ini kerana bakteria ini akan menyerang gigi sekaligus mengakibatkan pembentukan plak dan kaviti pada gigi sebaik sahaja gigi mereka tumbuh.

#2. Ulser pada perut bayi

Bakteria yang menyebabkan kondisi ini berlaku adalah helicobacter pylori.

Menurut Dr. Ahmad Shukri Md Salleh yang merupakan Pakar Perunding Perubatan di Hospital Kuala Terengganu, bakteria ini akan mengeluarkan beberapa jenis bahan seperti ammonia, proteasecytotoxin dan ammonia yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat.

Disebabkan ini, lapisan dalaman perut akan luka sekali gus menyebabkan ulser perut berlaku.

Selain daripada perbuatan meniup makanan si manja, perbuatan seperti berkongsi sudu dan garpu, air minuman malahan mencium bayi juga mampu menyebabkan bakteria-bakteria ini tersebar kepada bayi anda.

Jangan ambil mudah perbuatan tiup makanan bayi!

Tuntasnya, anda sebagai ibu bapa perlulah lebih berhati-hati dan mempunyai pengetahuan yang lebih luas mengenai penjagaan bayi anda.

Elakkan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan air liur anda mencemari bayi!

Paling penting, sentiasa bersihkan bahagian mulut anak anda dengan air putih yang bersih bagi menghalang segala pergerakan dan pertumbuhan bakteria daripada berlaku.

Sumber: Hello Doktor

Jangan lupa saksikan ulangan Pa&Ma Tv bertajuk Hobi anak pada 23.8.2020 pada pukul 9.30 pagi.