Diam tak diam, anak pasangan pelakon, Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson kini sudah pun berusia empat bulan.

Si comel Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu baru sahaja menyambut hari lahir ke empat bulannya pada 5 Mei lalu. Saban hari wajah comel Isaac sentiasa menghiasi ruang Instastory ibunya dengan pelbagai aksi yang comel.

Malah kemunculan Isaac terus dirindui pengikut pasangan ini. Paling yang membuatkan wargamaya teruja pastinya melihat lesung pipit Isaac yang bukan biasa-biasa. Cukup lekuk dan begitu dalam, kata orang tua-tua.

Apa lagi ditambah dengan aksi comel Isaac yang kini semakin sihat membesar.

Menerusi Instagramnya, Aiman dilihat turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru Isaac dengan senyumannya yang comel ditambah dengan lekukan dalam lesung pipitnya.

Menerusi hantaran sama, Zahirah dilihat turut meninggalkan komen yang sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.

IKLAN

“My clever baby!! 😍 hehe always smiling,” kata Zahirah di ruangan komen.

Dalam pada itu, aksi comel Isaac dengan senyuman nakalnya turut membuatkan warmaya naik geram. Malah ramai yang teruja dan menyamakan wajahnya persis ibunya.

“Lesung pipit tu rasa nak cubit je aii geram”

IKLAN

“@isaacraees buat muka nakal ke tu but why so cute eh”

“Handsome nya this boy…mesti Isaac dah ramai admirer ni”

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan kini, Isaac Raes menjadi pelengkap bahagia hidup mereka selepas kelahirannya pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Pasangan ini pulang ke tanah air bagi meneruskan kegiatan seni masing-masing pada usia Isaac tiga bulan.

Menarik: Usia Isaac Raees Hampir 3 Bulan, Zahirah & Aiman Bawa Anak Pulang Malaysia

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @aimanhakimridza & @zahirahmacwilson