Menu ringkas dan mudah seperti Chicken Wrap antara menu yang paling mudah disediakan buat anak-anak dan keluarga untuk sarapan. Selain tinggi khasiat, hidangan semacam ini sangat mengenyangkan. Nak buat pun jimat masa.

Resipi ringkas dengan sos power lagi sedap ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz. Jom cuba. Memang sedap!


Greek inspired chicken wrap, healthy snacks & hepi menarai #chickengyros #chickenwrap #gyros

CHIKEN WRAP ala GYROS

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam

Bahan perapan ayam
2 sdb rempah perapan/sos nandos
1 sdb jus lemon
1 sdb olive oil
1/2 sdm serbuk cili
1/2 sdm madu
1 ulas garlic diparut
Garam secukup rasa

IKLAN

Bahan pelengkap
Pita bread atau tortilla wrap (akak guna instant capati)

Homemade Tzatziki Sauce
1 biji tomato, dihiris
1/2 timun, dihiris
1/2 biji capsicum, buang biji & dihiris
1/2 biji bwg merah dihiris (jika suka)
Pitted olives (akk omit)

1. Perap ayam dengan bahan perapan sekurang-kurangnya 1 jam & seeloknya semalaman.

2. Panaskan 1 sdb olive oil di dalam non stick pan atau griller & masak ayam sambil balik-balikan selepas 5 minit disetiap permukaan atau sehingga masak. Akak airfried ayam selama 10-15 minit pada suhu 180c.

IKLAN

3. Panaskan tortilla wrap. Sapukan kan sos tzatziki, lapiskan dengan salad, tomato, timun, ayam, capsicum, bawang merah & sudukan lagi sos tzatziki lagi & wrap kemas. Enjoy.


Sos Tzatziki:
* 1 cawan yogurt Greek (guna yogurt asli pun boleh)
* ½ cawan timun -diperah hingga kering airnya
* 1 bawang putih -dicincang
* 1 teaspoon lemon juice
* 1 teaspoon fresh mint or dill (or ¼ teaspoon dried)
Secubit garam

Campurkan semua bahan dengan 1/2 sudu makan madu dan simpan dalam peti sejuk.

Dada ayam boleh dipotong siap atau pun dipotong selepas dibakar. Boleh guna apa-apa jenis rempah perapan contoh untuk ayam berempah atau daging.

IKLAN

Healthy & sedap. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Roti Horns Mini Berinti Isi Ayam Celup Tepung, Resipi Ringkas Gerenti Sedap

Roti Bakar Pisang, Cukup Rangup Dan Rasa Lemak-Lemak Manis, Tak Cukup Makan Satu!/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)