Bila sebut sahaja hendak menyediakan donat, terjerit-jerit anak keriangan. Begitu gemar anak-anak kita dengan donat. Kali ini apa kata kita cuba sediakan donat kampung gebu gebas ini pula buat minum petang anak-anak dan suami.

Resipi donat kampung perkongsian Pn Ayu Rahman ini hanya menggunakan enam bahan sahaja. Cukup gebu dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba!


Oleh kerana Alhamdulillah ramai peminat donat, Ayu seikhlas hati nak berkongsi resepi donat kampung geboo gebas ni pada semua. Save nanti bila-bila terasa nak buat.

Bahan-bahan:
1kg apa-apa jenis tepung gandum
*Sepaket yis segera
*Majerin 3 sudu besar
*Susu pekat 5 sudu besar
*Gula Pasir 5 sudu besar
Garam satu sudu kecil
Air panas suam kuku 1 cawan

Masukkan air satu cawan dalam besen, masukkan semua bahan yang bertanda *. Gaulkan rata.

IKLAN

Terus masukkan tepung 1kg dan garam satu sudu kecil.

Gaul rata kesemua bahan, sambil letak air sikit-sikit sampai jadi doh yang macam jemput-jemput pisang tu. Tak keras dan tak lembik ya. (Adunannya bila kita tarik pastikan dia tak jatuh ibaratnya)

Siap gaul, rehatkan doh, tunggu hingga naik dari keadaan tepung yang dah di uli tadi. Senang kata sampai dah naik besen tu, dah naik cantik la tu.

Sesi mencetak pula, uli sekali lagi doh donat yang dah naik tu. Pastikan alas tapak tangan pakai tepung beras ya.

Ambil agak-agak buat doh nak sebesar mana, bentukkan bulat. Sambil dulang or talam di alas tepung beras ya, biar alas tepung berasnya.

Banyak pun tak pe, nanti doh tak melekat. Dah buat doh, terus susun atas dulang yang dah alas dengan tepung beras tu. Sambil-sambil tunggu
dia naik bolehlah panaskan minyak dengan api sedang.

Sesi menggoreng, nak tahu doh dah kembang cantik, dohnya lebih besar dari bentuk asal.

Alas tangan pakai tepung beras angkat doh tekan buat lubang kat doh donat terus goreng dengan api yang sedang ya.

Bila donat sejuk, golekkan dalam gula kastor atau gula halus dan dicampur dengan gula icing.

Artikel berkaitan: Tak Yakin Buat Donat, Langkah Ni Paling Senang, Ekstra Lembut & Gebu

Main Uli-Uli Dengan Anak, Cuba Buat Donat Gebu Macam Span Ni, Senang Je Pakai Sukatan Cawan

Bukan Donat Biasa Tapi Donat Kentang Awesome, Confirm Anak Kenyang

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents