Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.

Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!


Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.

DONAT GEBU MACAM SPAN

Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)

Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.

Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.

Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.

IKLAN

**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super

Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.

Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.

Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.

Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.

IKLAN

Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.

Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.

Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.

IKLAN

Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.

GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor

*Satukan kedua-dua gula dan kacau rata, letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.

Artikel berkaitan: Resipi Donat Ball Mudah, Cukup Lembut & Gebu, Bulat-Bulay Comel, Senang Anak Makan

Resipi Donat Kampung Gebu Gebas, Paling Mudah & Ringkas, 6 Bahan Saja

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)