Sesekali mencuba menu ala Thai di hujung terasa cukup istimewa untuk sajian anak-anak. Tak perlu dengan lauk pauk yang banyak, cukup hanya dengan Siakap Stim Limau Ala Thai, Sayur serta Udang Belon ini yang pasti buat anak-anak dan suami makan bertambah.

Nak tahu resipinya bagaimana? Jom cuba resipi empat bahan yang dikongsikan oleh Fatyma Idris ni. Memang meletop!


RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE

Bahan-bahan
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya

1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.

IKLAN

2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)

3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.

4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.

IKLAN

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

IKLAN

Ahh jomm. Selamat mencuba.

Artikel berkaitan: Udang Mayo Viral, Ringkas Tapi Sedap Menyengat, Confirm Berebut!

Udang Butter Telur Bersarang, First Time Buat Pun Jadi, Ikut Je Step Ni

Cucur Udang Rangup Tapi Lembut Di Dalam, Sedapnya Udang Selambak, Padu!

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)