Selalu kalau beli roti memang tak pernah habis, jadi sudahnya terpaksa dibuang saja. Jadi sebelum sampai tarikh luput dan masih banyak roti yang berlebihan apa kata buatkan cucur roti untuk kudapan petang anda sekeluarga.

Mudah dan sedap, hanya menggunakan beberapa bahan sahaja anak-anak pun pasti suka dan teruja dan makan. Cicah dengan sos tomato atau sos cili, pasti sekelip mata dah habis dimakan. Senang dan dapat mengelakkan daripada pembaziran.

Ikuti perkongsian resipi oleh Puan Zuraita Mohd Anua yang menurutnya juga dia mengambil resipi tersebut daripada perkongsian warga maya di media sosial.

Terima kasih pada yang share resipi ni. Selalu saya terpaksa buang lebihan roti kalau dah expired. Sayang sangat. Nak buat puding roti, anak-anak tak suka. Saya pernah buat tapi tak dimakan. Padahal saya rasa sedap habis dah dengan taburan choc chips, tapi dorang tak suka. Buat puding roti karamel pun, cuma saya jelah yang terpaksa makan. Buat karipap roti, tak rajin pulak buat inti huhu. Bila tahu resipi boleh buat cucur ni, syukur sangat. Taklah membazir roti. Saya buat tadi untuk bekal Zil ke sekolah. Resipi ada kat gambar last.

#cookwithlove

Bahan-bahan:
Roti 4 keping (saya guna 6 sebab kerak atas bawah) 
2 biji telur
hirisan carrot 
bawang merah
daun sup 
daun kucai
secubit garam

IKLAN

Cara-cara:
1. Bulatkan, lebih senang nak goreng sebab ia cepat masak. Tak macam cucur biasa.

2. Gorenglah cara camne pun asalkan masak.

3. Goreng kejap je rupanya, saya tak tahu, tergelap sikit warnanya.

4. Siap sudah!

Padat, kenyal dan enak rasa dia

Resipi asal daripada Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Zuraita Mohd Anua