Tidak dinafikan warna cukup memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian anak. Warna-warna seperti merah, ungu dan kuning seringkali menjadi perhatian kala hidangan diberikan kepada mereka. Mainan warna inilah yang seharusnya dicuba oleh ibu ketika menyediakan makanan untuk anak.

Pun begitu, jangan pula menggunakan perasa dan pewarna tiruan, sebaliknya pilih pewarna asli seperti yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Bubur Sumsum Versi Baby ini menggunakan gabungan buah naga dan buah mangga segar yang pastinya mampu menarik perhatian anak. Nak buatnya pun cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja!

BUBUR SUMSUM VERSI BABY

Bahan Bahan :
3 sb tepung beras
1 cawan santan segar
Topping buah buahan pilihan

IKLAN

Satukan tepung beras dan juga santan di dalam periuk. Kacau sebati.

Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi likat. Pastikan tepung telah benar benar masak. Tutupkan api.

Tuangkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan adunan sejuk seketika sebelum diletakkan topping buah buahan kegemaran.

Sejukkan di dalam peti sebelum dihidangkan.

Siap , selamat mencuba!


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

 

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Cuba: Resipi Ikan Bakar Portugis Special Untuk Ibu Berdiet Anak Pun Boleh Tumpang Sekaki!