Kebiasaannya selepas menyusu, penting untuk ibu sendawakan bayi. Ini bagi memastikan tidak berlaku masalah tersedak susu yang boleh memudaratkan nyawa anak. Cuma waktu tengah malam, bila ibu mengantuk, ada ketikanya tak sempat nak sendawakan bayi.

Bukan itu saja, kadang-kadang disebabkan bayi merengek, port yang akan beri keselesaan pada anak biasanya di atas dada. Bila dah ditepuk-tepuk manja, anak akan lena.

Namun, perkongsian seorang ibu, Nurul Fatihah Nasir mengenai pengalamannya berdepan detik cemas apabila tiba-tiba anaknya lembik dan kesejukan ketika tidur di atas dadanya benar-benar memberi trauma hingga ke hari ini.

Masih panjang umur

Peringatan kepada semua ibu dalam group ni. Jantung saya rasa macam nak tercabut. Raisha baby girl baru 3 bulan. Begini ceritanya sekitar pukul 12.30am tadi dia menyusu selepas saja menyusu saya letak atas tilam dia balik tapi saya lihat dia macam tak selesa. Saya ambik dia tepuk tidur atas dada mcm gambar kat sebelah kiri tu. Dia terus tidur atas dada saya sambil tepuk dia, saya yang tertido.

IKLAN

Tersedar badan anak dah lembik dan kesejukan

Dalam pukul 2.15am saya sedar anak saya lembik dan kesejukan. Ya Allah gugur hati saya, saya ingatkan Allah dah nak tarik kurniaan rezeki dekat saya. Dengan keadaan takut saya dukung anak terus bawak ke mak ayah saya. Terus kejutkan mereka untuk ke hospital.

Menurut ibu ini dia tidak sangka perbuatan meletakkan anaknya tidur di dada membuatkan anaknya lemas.

‘Hanya Allah yang tahu perasaan saya’ 

Suami saya tak ada sebab dia kerja kapal sebulan sekali baru balik.jadi kena lah bergantung dekat mak ayah saya . Dalam keadaan cemas, mak saya menepuk. Menegur baby raisha. Peluk-peluk dia. Alhamdulillah dia senyum. Dia suka mcm biasa. Saya takot sangat, sekarang anak dah tidur tapi saya belum tido, saya takot nak tido.

Takut anak macam tadi lemah tak bermaya. Tuhan je tahu macam mana perasaaan saya masa tu. Untuk pengajaran ibu dekat dalam ni. Jangan la bagi tido anak tepuk2 didada pagi-pagi ni. Takot kita yang tertido. Kes Raisha ni macam lemas la. Mungkin dia tak dan nafas sebab tertutup hidung dekat dada saya. Jangan kecam saya, saya cuma nak kongsi cerita saya.

Sumber: Nurul Fatihah Nasir via Geng Ibu Hamil & Berpantang

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)