Kadang-kadang untuk ibu bapa yang sibuk, mungkin tertanya-tanya berapa minit sehari, masa yang berkualiti perlu diluangkan bersama anak-anak ?

Quality time yang mana dapat memenuhi keperluan anak-anak. Q15 atau quality fifteen. Ya, cuba luangkan dan lakukan aktiviti selama 15 minit sehari untuk seorang anak. Jika ada dua orang anak, maka 15 minit seorang, jadi 30 minit sehari anda perlu berikan pada anak-anak.

Kalau 4 anak, jadi sejam sehari. Kalau tak mampu nak luangkan masa hari Isnin contohnya, mungkin kita balik kerja, emosi tak stabil, pening nak masak apa, pening kena marah dengan bos.

Jadi pindahkan 15 minit ke hari esok yakni hari Selasa. Sebabnya quality time bersama anak, kita perlu berikan masa, perhatian sepenuhnya, emosi positif dan aura gembira.

Itu tujuan quality time. Jadi 30 minit untuk seorang anak. Jika dua orang, sejam lah jadinya.

IKLAN

Seminggu, 15 minit x 7 = 1 jam 45 minit. 1 jam 45 minit untuk seorang anak dalam satu minggu. Kalau tak mampu juga, qadhalah masa tersebut pada hujung minggu.

IKLAN

Mungkin hari Sabtu bawa anak pertama shopping selama 1 jam 45 minit atau lebih. Ikutlah asalkan cukup kouta untuk satu minggu.

Mungkin hari Ahad bawa anak kedua ke tempat lain pula. Jadi, jika mahu mempunyai anak yang ramai, ibu bapa harus bersedia memberikan masa ,emosi dan perhatian untuk ramai anak.

Selamat berquality fifteen!

IKLAN

Kredit: Wan Nur Syakira

ARTIKEL MENARIK [Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down]

LAGI ARTIKEL MENARIK [“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)