Apa agaknya perasaan anda sebagai ibu bila lihat anak buat sesuatu yang diluar jangkaan? Terkejut, nak marah, atau istighfar banyak-banyak. Situasi ‘mengejut’ ini mungkin anda tak sangka pun.

Tapi inilah yang ramai ibu bapa akan lalui sementara tunggu anak nak besar. Seperti perkongsian seorang ibu, Puan Mazliana, kejadian yang berlaku baru-baru ini benar-benar buatnya hilang kata-kata.

Tak tahu nak marah ke, nak gelak ke. Semua perasaan itu datang serentak lagi-lagi bila si anak buat muka macam tak bersalah dan siap boleh jilat lagi sapuan coklat di kawasan mulutnya itu.

Menurut Puan Mazliana, kejadian sapuan coklat di muka Armelnaura Damia atau mesra dipanggil Bunga ini cukup menguji kesabaran. Mana taknya anak kedua dari tiga beradik ni memang cukup licik berbanding abang dan adiknya.

Masa pagi kejadian itu, Puan Mazliana akui terlupa meletakkan semula botol sapuan coklat di tempat asal. Sebelum ini memang Bunga tak pernah pun ambil sapuan coklat itu kecuali saya yang sapukan pada roti.

IKLAN

Kebetulan pagi sebelum abangnya nak ke tadika saya sediakan sarapan dulu dan terlupa nak letakkan di tempat biasa yang agak tinggi. Saya hanya letak atas meja saja.

Selepas selesai urusan abangnya, saya terus masuk ke bilik air untuk mandikan adiknya. Tapi masa dalam bilik air itu, saya macam dah rasa pelik sebab tak dengar suara Bunga. Biasanya dia banyak cakap.

Rupanya dia dah diam-diam masuk ke dapur dan buka botol sapuan coklat tersebut. Masa saya dah selesai mandikan adik, terkejut tengok dia di meja dan muka penuh dengan coklat.

IKLAN

Dia buat seolah-olah seperti mask dan dengan muka tak bersalah senyum pada saya. Masa tu dah rasa naik turun dada, tapi terus istighfar.

Pada anggapan saya, mungkin Bunga ingat sapuan coklat itu adalah mask. Sebab sebelum ini jika saya sapu mask di muka dia akan perhatikan dan minta pakaikan juga dimukanya. Memang rasa Ya Allah kenapa Bunga buat macam ni?

Saya nak marahkannya pun tak boleh sebab dia pun bukan tahu apa-apa. Di usia 2 tahun 7 bulan orang kata tengah lasak dan nak cuba sesuatu yang baru.

IKLAN

Lagi satu perangainya, Bunga ni suka sangat posing dan buat mulut itik tiap kali ambil gambar. Sampaikan babahnya pun geleng kepala melayan gelagatnya yang macam-macam.

Dia juga selalu buat kami tergelak dengan macam-macam perangainya. Sampaikan kalau dia diam tu pasti ada sesuatu yang merisaukan kami suami isteri.

Kredit: Mazliana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)