Banyak orang komplen tak sedap badan. Sakit badan. Bisa sana bisa sini. Tapi tak tahu punca. Macam mana nak settle? Ada rahsianya! Rahsia salah satunya ialah baiki usus dulu. Usus ni juga disebut sebagai otak kedua manusia. Jadi kena jaga betul-betul.

Nak tahu macam mana nak atasi masalah ni Dr Rizal Abu Bakar kongsikan tipnya.

Cara nak jaga ialah bagi makanan dalam kategori prebiotik dan probiotik. Untuk mudah ialah sediakan minuman aloe vera ni. Tujuan untuk sihatkan usus. Bagi usus atau otak kedua ni mantap dulu. Orang selalu sebut bagi sejuk badan.

Resepinya mudah saja. Hanya perlu 4 bahan.

1. Aloe Vera
2. Air
3. Lemon
4. Madu

Caranya pun tak susah mana. Boleh 6 langkah kat bawah:

1. Potong dan asing isi aloe vera. Pastikan saiz sebesar pangkal ibu jari sahaja. Senang nak makan nanti. Masa potong tu biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. Potong dalam satu cawan.

IKLAN

2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.

3. Masukkan air perahan setengah biji lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. Boleh masukkan 5-6 biji red dates sekiranya mahu. Ni optional.

4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.

5. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.

6. Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.

Rasanya nyaman rasa usus. Rasa sejuk badan. Resepi simple untuk nikmat sihat.

“Doc, hari tu Doc ada sebut ada makanan bahaya untuk otak. Bahaya untuk badan. Macam mana tu?”

Ya.

Apa yang saya share di atas adalah satu tips dari banyak tips untuk jaga otak.

Bila jaga otak, usus sihat, badan pun sihat.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)