“ADIK!!! Apa adik buat ni? Habis bersepah nasi. Kalau tak nak makan, sudahlah. Jangan buat terabur macam ni.” Seumpama halilintar bunyinya..berdesing dan tinggi bunyi suaranya.

Terkulat-kulat anaknya yang berumur 1tahun 8bulan kena marah. Seperti yang sudah dijangka, “Uwaaaa….Uwaaa”

SERGAH ANAK MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN OTAKNYA!

Anak yang dimarahi mula menghamburkan air mata, tangisannya kuat sekali. Ibunya bertambah geram. Sudahlah penat kerana terpaksa bersihkan kekotoran tadi, ditambah suara tangisan anak itu yang membingitkan.

Ini benar-benar mencabar kesabarannya. Akhirnya, ledakan kali kedua terjadi. “DIAMMMMM!”

Allahu. Kasihan anak ini.

IKLAN

Ada yang bertanya, “Mengapa tak boleh sergah sahaja anak-anak yang suka mengamuk, membentak-bentak, menendang orang, menjerit-jerit bila tidak mendapat apa yang dia hajati? Apa kesannya kalau disergah?”

-Mudah kerja.
-Habis cerita.
-Ia hanyalah short cut yang akan menghasilkan long cut.

Mari, Ibu nak sampaikan pesanan penting ni.

Kalau umur anak 1 tahun sudah disergah, maka itu menempah maut namanya. Anak itu akan TERENCAT perkembangan akal dan emosinya.

Begitu juga 2 tahun. Sebab pada usia ini dia hanya hendak sedarkan anda dia ada kehendak sendiri. Dia buat semua itu bukan kerana dia berakhlak buruk. Cuma dia hendak nyatakan kemahuannya. Kalau dia tidak buat begitu anda akan SIBUK sahaja buat benda lain. Dia akan jadi wall paper yang tidak disedari kewujudannya. Terutama jika pada usia ini dia SUDAH ADA ADIK.

Ini fasa INDIVIDUATING. Kena caranya setahun sahaja dia begitu. Bila masuk 3 tahun, dia sudah boleh belajar mengawal diri. Bukanlah terus, tapi sudah boleh sedikit demi sedikit.

Kerana pada usia ini, EMOSInya sudah lebih berkembang dan dia boleh merasai perasaan orang lain.

Anak yang asyik diJERKAH dan SERGAH sejak kecil akan PENDAM apa yang dia inginkan. Sedar-sedar dia lakukan di belakang anda.

Dia TIDAK PANDAI dan TIDAK BERANI menyampaikan keinginannya dan pendapatnya. Jika dia jenis yang BERDENDAM maka dia menjadi orang yang suka mengutuk dan mencaci di belakang, asal orang tidak nampak. Dan di zaman ini, dia selamatlah keluar dalam bentuk keyboard worrior.

Itulah salah satu sebab mengapa kita perlu BIJAK mendidik anak. Kita tidak mahu menghasilkan generasi yang nampak baik di luar saja.

Kita mahu membina generasi yang BERHATI MULIA, PENYABAR dan BERJASA. Maka kita perlulah jadi seperti itu dahulu.

Kredit:Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)