Jihad seorang ibu sungguh besar. Bermula dari awal kandungan sehinggalah saat nak bersalin, semua itu bukanlah sesuatu yang mudah nak dihadapi. Lain orang, lain pengalaman yang akan dilalui.

Begitu juga kisah seorang ibu muda yang dikenali dengan nama Shamira Roslan apabila arwah telah dijemput ilahi ketika sedang menantikan kelahiran anak keduanya. Siapa sangka, Allah ambil ibu dan anak dalam kandungan ketika semua ahli keluarga menantikan kehadiran orang baru.

Arwah menghembuskan nafasnya ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping walaupun ahli keluarga mengharapkan ada keajaibannya untuk kembali sedar.

Sesak nafas akibat jangkitan kuman

Menerusi perkongsian sepupu arwah Shamira, Shuhada Fazli di Facebook, arwah mengalami masalah sesak nafas dipercayai disebabkan jangkitan kuman.

IKLAN

Berikutan daripada masalah kesihatan yang dialami si ibu, bayi yang berada dalam kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Tinggalkan anak yang masih kecil

Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, si ibu yang berada dalam keadaan kritikal pula dijemput Ilahi. Difahamkan, arwah Shamira Roslan telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Moga syurga buatmu

Pemergian Shamira Roslan telah meninggalkan kesan terhadap ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Yang tak rapat pun terkesan dgr berita pemergian dia..sebab kenal, satu sekolah, pernah bertugas pengawas sama2 , mengejut sangat shaa pegi, mengejutkan ramai orang. dalam keadaan sarat mengandung, ada anak kecil yang sulung lagi ditinggalkan.

Setiap orang pasti merasai mati, kita pun tak tahu bila waktu kita. shaa bertuah ,moga Syurga tempatmu @ Shamira Roslan❤ Al fatihah (dibaca)

Salam takziah buat suami arwah, Shahidan dan anak lelakinya yang kini hilang kasih ibu. Banyakkan bersabar menghadapi dugaan ini.. InsyaAllah syurga buatmu Allahyarhamah Shamira.

Kredit: Shuhada Fazli & Najma Alwie

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)