Orang perempuan ni, tudung antara aset utama selain baju, kasut dan beg tangan. Walaupun dah ada pelbagai koleksi dan warna, setiap kali keluar corak baru pasti akan beli.

Bukan itu je, tudung yang beli sebelum ini pun tak sempat dipakai lagi tapi dah tambah lagi koleksi baru. Nasiblah harganya mampu milik kan? Persoalannya bila dah banyak sangat tudung, kadang tak muat almari nak simpan.

Nak sangkut di hanger boleh tapi kadang nampak semak juga di mata bila terlalu banyak tergantung. Bagi nampak kemas dan tersusun, apa kata minta suami tolong buatkan almari tudung. Simple je tetapi nampak lebih teratur.

Idea yang dikongsikan oleh Encik Shafiq Abdul Hamid ini bolehlah di cuba.

Bahan yang diperlukan:
– 2 batang paip PVC putih berukuran 4 inci panjang 19 kaki (RM76)
– Engsel pintu 6 pcs (RM9)
– Pemegang pintu 2 pcs (RM4)
– Playwood ketebalan 12mm (saya guna yang ada lebihan projek yang saya buat dulu) **Jika beli playwood saiz 12mm dalam RM65
– Gam & skru
– Kertas pasir saiz 400 & Syelek 1 L (RM20)

** Kos barang yang saya beli RM109

ARTIKEL MENARIK [Modal RM208 Dah Dapat Siapkan Kabinet Dapur. Jimat Duit, Nak Pasang Pun Mudah!]

IKLAN

Peralatan yang digunakan:
*Mesin pemotong kayu (miter saw)
*Jig saw
*Hand drill
*Mesin kertas pasir

Cara membuat: 
1) Pertama sekali potong paip dengan ukuran saiz 6 inci sehingga selesai. Lepas tu saya menggosok paip yang telah dipotong tadi untuk bagi licin. Bukan apa risau nanti bila nak masukkan tudung tak tersangkut pada paip yang berbulu bekas dipotong tu. Setelah siap menggosok cantum paip dan titikkan gam.

IKLAN

2) Setelah selesai gam paip tu baru ukur berapa besar keluasan nak potong playwood pulak untuk bahagian rangka nak buat rak tudung tu.

3) Setelah potong playwood barulah cantumkan kesemua playwood tadi dan skrukan.

4) Boleh mula pasang dinding belakang. Setelah selesai angkat paip yang dah dicantum tadi tu, masukkan dalam rangka almari yang telah dibuat tu.

5) Bila dah tengok semuanya ok, baru boleh mula memasang pintu almari pula.

IKLAN

6) Setelah semuanya selesai, barulah mula gosok semua permukaan playwood tadi bagi licin. Saiz kertas pasir yang saya guna untuk menggosok saiz 400

LAGI ARTIKEL MENARIK [Idea Buat Ruang Pantri Untuk Barangan Dapur. Rumah Sempit Pun Nampak Luas!]

7) Selesai gosok semua permukaan, baru saya sapu syelek bagi playwood tu nampak lebih cantik dan berseri-seri. Tempoh siap, sehari sahaja kalau bermula dari pagi.

Kredit: Shafiq Abdul Hamid

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah ada vaksin untuk COVID-19, terima kasih kepada pasangan ini. Baca artikel lanjut di AWANI