Apabila masing-masing sibuk bekerja dan sebagainya, masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan. Paling malang sekali, jika langsung tiada masa yang boleh ‘dicuri’ untuk menghabiskan masa bersama-sama.

Menurut Akhtar Syamir, terdapat 10 aktiviti yang boleh dibuat bersama pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Bagi anda yang belum pernah melakukannya, bolehlah dibuat bermula hari ini.

Artikel Menarik: [Tak Perlu Beritahu, Isteri Boleh Rasa Sendiri Kasih Sayang Suami Padanya]

IKLAN
10+ Aktiviti Bersama Suami dan Isteri Untuk Eratkan Perhubungan.

1. Berpelukan selama 5 minit tanpa lepas.
2. Pakaikan pakaian untuk pasangan.
3. Bila di luar, pegang tangan pasangan tanpa lepas selama 5 minit.

4. Tenung pasangan selama 5 minit tanpa henti. Tak salah untuk berkelip mata, tetapi harus kekalkan pandangan pada pasangan.

5. Buat Intermittent Fasting (IF) bersama.
6. Potongkan kuku pasangan.
7. Bersihkan badan pasangan (mandi bersama).
8. Belikan hadiah kejutan untuk pasangan. Tak perlu yang mahal.
9. Masak bersama. Hasilkan satu menu baru.

10. Duduk berdua di sofa atau katil tanpa sebarang gangguan termasuklah telefon dan anak selama 1 jam paling kurang. Dilarang tidur.

11. Saling urut mengurut pasangan. Tak boleh sorang je urut, tak aci.
12. Layan movie romantik bersama. Cubalah cari satu cerita cinta. Hindustan boleh, Korea pun boleh. Cerita Melayu pun takpe.
13. Solat berjemaah bersama.

Artikel Menarik: [Buat Cabaran ‘I Love You’, Suami Isteri Berebut Luah Rasa Cinta]

Ini antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk mengeratkan perhubungan. Kadang-kala kita tak terfikir untuk buat semua aktiviti ini.

Selamat menghabiskan masa romantik bersama pasangan!