Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, isteri harus bijak memainkan peranan untuk menjaga hati suami. Sebenarnya tidaklah sukar mana kerana selagi kita menghormati dirinya sebagai suami, itu sudah cukup untuk membuatkan dia rasa dihargai. Kalau dah datang manjanya nanti, mengalahkan anak-anak!

Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Sesetengah daripadanya cukup mudah, tapi tak sangka pula suami berbesar hati jika dibuat oleh isterinya.

Memetik sebuah artikel melalui portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:

Artikel Menarik: [Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik,Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!]

1. AMBIL BERAT PENAMPILAN SUAMI

Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongkan kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.

Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.

Ada disebut dalam hadis:

“Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. CEPAT DATANG BILA SUAMI PANGGIL

Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.

IKLAN

Artikel Menarik: [Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak]

3. CANTIK UNTUK SUAMI

Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.

Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.

4. LAYAN SUAMI MACAM RAJA

Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!

5. UCAP TERIMA KASIH

Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.

IKLAN

6. JANGAN BERLETER

Suami akan merasa kurang selesa jika selalu sangat dileteri si isteri.

7. TEMANKAN SUAMI MAKAN

Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.

8. ISTERI YANG BIJAK

Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.

9. JANGAN KUAT MEMBANGKANG

Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.

IKLAN
10. JADI BIDADARI YANG MENENANGKAN

Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.

Artikel Menarik: [Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan, Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman]

11.TEMPAT TIDUR EKSLUSIF

Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.

12. ISTERI YANG MANJA & TAK KUAT MERAJUK

Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.

13. JANGAN PANDANG RENDAH

Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)