Kehadiran cahaya mata dalam setiap ikatan perkahwinan adalah pelengkap sebuah keluarga. Pelakon Emma Maembong, semalam menerusi akaun Instagram miliknya mengumumkan berita gembira menyatakan bahawa dirinya kini sudah berbadan dua.

Emma Maembong dan pasangan, Muhammad Shazli Azhar yang melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun berkongsi berita tentang kehamilan cahaya mata pertama mereka di kedua-dua akaun Instagram milik mereka berdua.

@shazli.a Our first honeymoon and last duo trip with my husband.can’t wait to see you my baby,” tulisnya

IKLAN

Tentunya masing-masing cukup gembira dan teruja dengan perkhabaran tersebut. Malah dalam posting tersebut, pasangan romantis ini turut mengenakan persalinan sedondon dan merakam gambar sebagai kenang-kenangan di Langkawi.

Berita gembira ini juga pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat Emma Maembong. Menjenguk ke bahagian komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehamilan tersebut. Namun Emma masih tidak menyatakan usia kandungannya.

Apapun tahniah diucapkan pada pasangan ini. Semoga Emma enjoy perjalanan kehamilan yang indah ini dan semoga dipermudahkan semuanya sehinggalah bersalin.

Sumber: Ig Emma Maembong