Walaupun tidak sampai menyebabkan berlakunya kanser ovari, namun begitu pengalaman kehamilan dengan cyst bersama bayi sememangnya amat mengganggu emosi ibu hamil. Kerisauan melampau dan emosi berubah-ubah. Ditambah pula dengan kesakitan yang kerap mengganggu. Semua ini amat memberikan kesan kepada perjalanan selama sembilan kehamilan.

Menurut Dr Ahmad Zubaidi Hj Ahmad, sungguh pun cyst tidak menyebabkan kanser, namun ia turut memberi kesan kepada ibu hamil. Malah beliau turut berkongsi punca-punca terjadinya cyst ketika hamil. Lapan perkara ini patut ibu hamil elakkan!


APAKAH PUNCA OVARIAN CYST BERLAKU KETIKA HAMIL?

Cyst ovari semasa hamil memang berbahaya dan biasanya terjadi kira-kira 0.19 ke 8.8% pada wanita yang sedang mengandung. Malah, pesakit yang mempunyai cyst boleh dikesan semasa scan kehamilan di klinik di mana doktor akan melihat sebarang keabnormalan pada kandungan.

Namun begitu, usah terlalu bimbang kerana tumor ovari ini tidaklah sampai boleh menyebabkan kanser ovari dan risikonya juga rendah. Namun, semuanya bergantung pada saiz cyst yang dikesan itu.

Pada peringkat ini, pesakit tidak memerlukan pembedahan kerana cyst tersebut akan hilang sendiri setelah masuk ke trimester kedua kehamilan yang boleh dilihat pada ultrasound berkala.

GEJALA CYST OVARI SEMASA HAMIL

Kebanyakan pesakit dengan cyst tidak mengalami sebarang gejala, tapi ia boleh dikesan semasa melakukan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi semasa melihat janin. Namun ada juga sesetengah daripada mereka mengalami sakit perut, kencing dengan lebih kerap atau ada benjolan di kawasan peranakan. Oleh sebab itu, pemeriksaan yang lebih lanjut akan diberikan doktor bagi melihat saiz dan pembentukan cyst tersebut sama ada ia boleh membahayakan atau tidak.

Semasa pemeriksaan ultrasound, doktor akan melihat diameter cyst tersebut sama ada ia kurang atau lebih dari 5 sentimeter. Tapi, doktor biasanya akan tunggu lebih kurang empat minggu bagi melihat perubahan pada ketumbahan tersebut untuk menentukan rawatan yang sesuai. Sekiranya doktor mendapati cyst tersebut berukuran lebih besar dari 5 sentimeter kemungkinan doktor akan mengesyorkan untuk melakukan pembedahan selepas 16 minggu kehamilan bagi mengurangkan risiko keguguran.

Kesimpulannya, cyst ovari semasa hamil adalah sangat jarang berlaku dan ia bukanlah bermaksud anda hidap kanser. Selain rujuk dengan doktor anda dan mendengar sebarang keputusan yang terbaik dari mereka demi keselamatan ibu serta janin.

IKLAN

PUNCA-PUNCA CYST SEMASA MENGANDUNG

1. Pil dan serbuk kolagen

Ramai wanita yang terlalu terpengaruh dengan kolagen yang katanya dapat membantu kulit wajah jadi semakin muda. Namun sebenarnya ia boleh menganggu kitaran horman sekaligus mengalakkan pertumbuhan cyst.

2. Hormon dan suntikan antibiotik dalam haiwan ternakan

Haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan ikan selalunya diberikan suntikan hormon supaya ia cepat membesar dan penjual boleh dapat untung yang lebih banyak. Akan tetapi hormon tersebut akan kekal dalam tubuh haiwan dan seterusnya masuk ke dalam badan manusia apabila dimakan yang merupakan salah satu punca pembentukan cyst.

Begitulah juga suntikan antibiotik yang dapat mempercepatkan tumbesaran haiwan bagi mengelak jangkitan yang boleh menyebabkan penjual kerugian tapi sebenarnya ia boleh membahayakan badan manusia setelah di makan dagingnya.

3. Stres dan tekanan

Apabila sukar mengawal stres dan tekanan perasaan, ia juga boleh menyebabkan pertumbuhan cyst pada organ dalaman wanita.

4. Hormon yang tak seimbang

Sememangnya hormon dalam badan manusia memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan setiap individu. Sebab itu punca cyst juga boleh disebabkan lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron.

5. Lambat hamil

Berdasarkan penelitian, wanita yang lambat hamil juga berisiko tinggi untuk mendapat cyst terutama bila umur semakin meningkat.

6. Lebihan hormon xenostogen

Hormon xenostegon ini adalah estrogen palsu yang masuk dalam badan melalui makanan, minuman dan persekitaran yang tercemar. Atas sebab itu hormon estrogen tak mampu berfungsi dengan baik.

7. Berat badan berlebihan

Bila mengalami berat berlebihan secara automatiknya anda akan mempunyai lebihan lemak yang boleh mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system sekaligus menganggu hormon dalam tubuh hingga berlakunya ketumbuhan cyst akibat dari radang yang muncul.

8. Genetik dan merokok

Melalui genetik pula sekiranya ada di kalangan ahli keluarga yang mempunyai sejarah cyst sekaligus membuatkan anda juga berisiko tinggi mengalami hal yang sama. Manakala itu, bahan kimia yang terkandung dalam rokok juga boleh jadi punca cyst sekaligus merosakkan paru-paru.

Walaubagaimanapun, amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat agar dapat mengurangkan gejala cyst yang boleh membahayakan badan seterusnya menganggu proses untuk mempunyai zuriat suatu hari nanti.

EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel 

Baca: Jangan Malas Rangsang Otak Anak Lakukan 8 Aktiviti Simple Ni Anak Jadi Makin Bijak!