Penangan roti yang satu ini sememangnya cukup hebat. Dek kerana keinginan untuk merasa, ada sesetengah daripada kita yang sanggup mencari di kedai yang agak jauh semata-mata untuk menikmati roti viral ini.

Sekali mencuba, pasti antara untuk cuba membuatnya pula. Cara membuatnya yang cukup mudah membuatkan terdetik hati untuk mencuba buat keluarga pula. Pun begitu, proses menguli sememangnya mengambil masa yang agak lama. Jangan bazirkan masa sebaliknya cuba resipi ekpress yang dikongsikan oleh Nor Emiza Suartam ini. Hanya gunakan roti burger dan kemudiannya diolah menjadi Garlic Bread Korean Cheese. Memang superb!

Nak tahu bagaimana caranya, jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh beliau.


Roti viral…Garlic Bread Korean Cheese. Guna roti burger je senang dan cepat. Yang penting menjadi dan sedap.

Bahan-bahan:
6 biji roti burger di belah 4 -tapi jangan putus

Untuk inti krim cheese:
Krim cheese 250gm -biarkan pada suhu bilik
Susu pekat 3 sudu makan
2 sudu makan whipping krim @ susu cair
Sedikit jus lemon @ limau
*Ketiga tiga bahan ni kacau dalam bekas sampai sebati. Bila dah elok sebati dan nampak licin masukkan dalam pipping beg.

IKLAN

Untuk butter garlic:
Butter 250gm -cairkan
7 ulas bawang putih -kisar
1 sudu susu pekat
Telur sebiji
Daun parsley kering

Cairkan butter dalam periuk. Bila dah cair masukkan bawang putih kisar dan susu pekat kemudian kacau. Kemudian ketepikan. Bila dah sejuk baru masukkan telur dan daun parsley. Kacau sebati dan ketepikan.

Proses yg terakhir, masukkan adunan krim cheese tadi dalam roti yang telah dibelah tadi. Kemudian celupkan roti ke dalam bancuhan butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan roti terendam sekejap agar butter dapat meresap dalam roti.

Kemudian boleh la bakar dalam oven ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Saya guna suhu 170 dalam masa 15 minit atau sampai roti tu nampak garing.

Selamat mencuba.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents