Mungkin ramai yang masih belum tahu bilakah waktu yang sesuai untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan gigi di klinik gigi. Ada juga yang membawa anak ketika keadaan gigi anak sudah pun kritikal. Untuk ketahui bilakah waktu yang sesuai, ikuti perkongsian daripada  Dr. Izaza Mohd Zan  tentang pemeriksaan gigi pertama anak yang dikongsi di lama facebooknya.

“Doktor, nak tunggu anak berapa tahun ye untuk jumpa doktor gigi dan buat rawatan?”

Datang lah jumpa doktor gigi seawal 6 bulan atau gigi pertama tumbuh, mungkin pada usia 4 bulan ke atas

Bukan apa, bila anak dah tumbuh gigi pertama yang excited lebih sebenarnya mommy dia, sebab asik nak beli berus gigi je kan?

Lagi lagi kalau ada baby girl, memang gila nak beli macam-macam berus gigi princess. Tapi cara berus gigi tak betul, gigi jadi stained atau start berlubang

IKLAN

Bila gigi dah start berlubang, mak mak ni terus salahkan berus gigi, “Saya dah beli macam-macam berus gigi, tapi gigi anak rosak lagi, macam ne Doktor?”

Ye ke dah beli berus gigi macam-macam, “Cuba Puan tunjuk kat saya macam mana Puan berus kan gigi anak?”

Bila ummi tunjuk kan cara dia berus gigi anak, ermmm, patutlah gigi anak berlubang dan ada stained, sebab CARA BERUS SALAH

So, bukan salah berus gigi la ye kalau gigi anak berlubang, salah ibu yang tak berus gigi anak dengan cara yang betul

“Saya dah berus dah macam Doktor buat ni, tapi berlubang juga, cuma kalau gusi berdarah saya tak berus takut dia sakit”

Haaa, gusi berdarah ni tanda gusi tak sihat, ada sisa makanan atau sisa susu bawah gusi. Jadi, memang kena berus juga walaupun berdarah

Anak tak rasa sakit pun kalau gusi berdarah ni, boleh berus je dan berus sampai darah tak ada, kena berus tiap-tiap hari

Untuk tahu lebih lanjut mengenai gigi anak-anak, Dr. Izaza Mohd Zan boleh follow  di laman facebook.

Sumber: Dr. Izaza Mohd Zan