Proses membesarkan anak bukan mudah kerana semua ibu bapa akan melalui proses ‘tiada pengalaman’ untuk menguruskan anak pertama. Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang anak cuba lakukan, apa yang anak cuba katakan. Kadang-kadang segala daya telah dilakukan namun tantrum si kecil masih tak reda.

Namun masanya akan pantas berlalu apabila dia mula mencecah umur yang pandai uruskan diri. Tiada lagi tangisan anak kecil, tiada lagi yang datang nak bermanja, minta di dodoi, minta buatkan susu.. kerana…

TAK SELAMANYA ANAK ITU KECIL…

Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa.

Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti.

IKLAN

Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.

Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.

Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.

Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.

Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.

Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.

Allah itu sangat adil.

Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)