Banyak sebenarnya petua orang dulu-dulu yang membantu kita menyelesaikan masalah. Sama ada, memudahkan kerja-kerja dapur ibu atau untuk rawatan alternatif seisi keluarga. Bagi ibu yang selalu masak dan sentiasa guna cili dalam masakan, pastinya pernah rasa tangan pijar.

Seperti perkongsian Razifa Idayu, petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains dan orang dulu-dulu memang menjadi.

Tempoh hari saya baca tentang macam mana nak buat jika tangan pijar. Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.

Sama juga kalau makan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.

IKLAN

Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.

Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.

IKLAN

Memang lega lepas sapu minyak tu. Kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.

Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.

IKLAN

Kredit: Razifa Idayu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents).