Data dari Kementerian kesihatan menunjukkan peninkatan kes influenza 2019. Kes-kes di hospital swasta seluruh negara juga menunjukkan lebih ramai lagi kes influenza. Menurut Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail Consultant Paediatrician & Paediatric Cardiologist, Ini bukan khayalan tetapi adalah kebenaran yang berlaku sekarang ini. Vaksin yang ada sekarang tidak “expired” seperti yang disebarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Vaksin Influenza Perlu Diambil Setiap Tahun

Oleh sebab virus influenza yang berkeliaran bertukar tiap-tiap tahun seperti dopants oleh WHO dan KKM, antigen dalam vaksin juga perlu bertukar. Ini sebabnya, vaksin ini perlu diberi tiap-tiap tahun. Sebagai pekerja kesihatan yang berdepan dengan pesakit-pesakit setiap hari, kami telah mendapat vaksin influenza setiap tahun sejak kami muda lagi, kerana kami dalam kumpulan high risk.

IKLAN

Jauhkan Diri Daripada Orang Tidak Sihat

Kematian disebabkan oleh infeksi sekunder oleh bakteria lain seperti pneumokokus, Streptococcus pyogenes, Mycoplasma dan lain-lain setelah influenza mengurangkan imuniti pesakit dan merosakkan saluran pernafasan dalam.

Untuk mencegah, kita jauhkan diri dari sesiapa yang kelihatan kurang sihat, kawasan dimana ramai orang berkumpul, basuh tangan dgn sempurna, guna topeng Penutup hidung dan mulut, jangan gosok mata dan hidung dengan tangan jika tidak bersih, dan sebagainya. Vaksin influenza boleh juga mencegah jangkitan tapi ia memerlukan masa dalam 2 minggu dan perlindungannya bukan 100%.

Bayi Bawah 6 Bulan Pula Bagaimana?

Bagi anak yang usia kurang daripada 6 bulan, kita kena jaga dan jauhkan daripada sesiapa yang kelihatan kurang sihat dan patut diberi susu badan yang memberi antibodi daripada ibu. Jangan bawa anak kecil keluar ke tempat-tempat orang ramai seperti pusat membeli belah atau nurseri. Jika hantar ke TASKA, pastikan anak lain sihat dan penjaga tahu berkenaan pengasingan bagi anak yang tidak sihat.

Bagi Warga Emas, mereka patut diberi vaksin influenza. Mereka juga patut diberi vaksin pneumokokus supaya tidak berkaku komplikasi jika dijangkiti influenza.

Sumber: Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail
Consultant Paediatrician & Paediatric Cardiologist