Tidak tahu dirinya mengandung ketika itu, Yatt Hamzah turut memberikan nama indah buat janinnya yang tidak sempat dilahirkan ke dunia. Biarpun usia kandungannya yang mengalami keguguran baru berusia dua bulan ketika itu, namun Yatt membuat keputusan untuk tetap memberikan nama buat anaknya.

Yatt memilih satu nama indah, Muhammad Abdullah buat bayi yang sepatutnya lahir sebagai anak kelimanya itu.

Menerusi satu entri di instagramnya, Yatt turut berkongsi sekeping gambar ketika menguruskan janinnya yang keguguran pada usia dua bulan. Ternyata kesedihan menyelubungi Yatt sekeluarga. Kata Yatt lagi, dia reda namun amat merindui anak kelimanya itu.

“Ya Allah aku redha namun aku tak boleh lupakan dia. Anakanda Bonda Muhammad.

“Tunggu Bonda, Abah dan Kakak-kakak di pintu Syurga ya Anak,” katanya berkongsi.

Terdahulu, Yatt memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas menyangkakan dirinya mengalami keracunan makanan akibat cirit-birit dan muntah ketika bercuti di Melaka. Rupa-rupanya ibu kepada empat anak ini mengalami keguguran. Dia langsung tidak menyangka kerana dia sendiri tidak tahu dirinya mengandung ketika itu.

“Bonda namakan anakanda bonda ini Muhammad Abdullah kerana dia tetap anugerah Allah untuk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda reda dengan taqdirNYA, mudah-mudahan ada hikmah yang tak ternilai.

IKLAN

InsyaaAllah ada janjiNYA yang baik-baik untuk ibu yang reda atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a’lam. AL – FATIHAH,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Tunggu Bonda, Abah dan Kakak2 di pintu Syurga ya Anak. Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah utk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda Redha dgn taqdirNYA, mudah2an ada hikmah yg tak ternilai. . InsyaaAllah ada janjiNYA yg baik2 utk ibu yg REDHA atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a’lam. . AL – FATIHAH..🤲 . MUHAMMAD ABDULLAH 15 SEPTEMBER 2020 3.30 PM . @zulfadhli_khiruddin #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #THESUCIS #ArwahyarhamMuhammadAbdullah #ALFATIHAH #miscarriage #miscarriagesupport

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Pemberian Nama Jadi Tanda Tanya Wargamaya

Bagaimanapun tindakan Yatt memberikan nama kepada janinnya yang baru berusia dua bulan itu menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya.

Menerusi entri berlainan, ibu cantik ini membalasnya dengan penuh berkhemah malah turut menjelaskan kepada umum tindakannya memberikan nama biarpun tidak pernah mengetahui jantina anak yang dikandungnya lagi.

“Jika anak itu tiga bulan ke atas dan bernyawa, hukumnya sunat diberi nama. Jika tidak, maka tidak sunat diberi nama.

“Tapi tak salah untuk beri nama. Dia tetap anugerah Allah untuk ibunya. Peluang hamil itu mulia. Reda dengan takdir-Nya sudah tentu ada pahala buat ibu yang reda.

“Namakan juga dia sebagai nama lelaki seperti Abdullah. Dia hamba Allah walaupun belum ada roh,” kata Yatt menerusi entri berlainan.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha serta Suci Hanania Malika melalui perkahwinan pertamanya.

View this post on Instagram

Ramai pula tanya Bonda, kena ke bg nama pd anak yang gugur tak cukup tiga bulan? Wajib ke? . Jika anak itu 3 bln ke atas dan bernyawa, hukumnya SUNAT diberi nama. Jika tdk, maka tdk SUNAT diberi nama. Tp tak salah utk beri nama. Dia ttp anugerah Allah utk ibunya. Peluang hamil itu mulia. Redha dgn taqdirNYA sudah tentu ada pahala buat ibu yg REDHA. Namakan juga dia sbg nama lelaki spt ABDULLAH. Dia hamba Allah wpun blm ada roh. Waallahu'alam. Dlm isu tasmiah al-siqt (penamaan janin yg gugur), para ulama berbeza pandangan mengenai hukumnya. Mazhab Hanafi, Syafie, Hambali & Ibn Habib drpd mazhab Maliki, berpendapat hendaklah dinamakan setiap anak yg lahir dlm keadaan istihlal (wujud tanda hidup spt keluar suara, menangis, menggigil & bergerak2). Hanafiyyah meWAJIBkan penamaan ini manakala mazhab2 ln hanya mengatakan SUNAT shj. Ini berdasarkan satu riwayat bhw dikatakan Nabi SAW bersabda: سَمُّوا أَسْقَاطَكُمْ فَإِنَّهُمْ أَسْلاَفُكُمْ Maksudnya: “Hendaklah kalian menamakan anak-anak kalian yang gugur kerana mereka itu telah mendahului kamu.” Riwayat Ibn al-Samak    . Hikmah penamaan itu juga krn anak2 yg gugur itu akn dipanggil di Hari Akhirat dgn nama2 mrk. Berkata ulama mazhab Hanafi: Ini merupakan penghormatan sbg seorang anak Adam. Selain itu, jika ada pertikaian harta pusaka, ada keperluan utk ayah/keluarganya menyebut namanya dlm pendakwaan mahkamah. Jika tak diketahui sama ada lelaki/perempuan, maka diberikan nama2 yg sesuai bg kedua2 jantina spt Salamah, Qatadah, Suʿad dan Hind. . Drpd sisi pandang ulama mazhab Syafie, kami nukilkan perkataan Imam Ibn Hajar al-Haithami dlm Tuhfahal-Muhtaj (3/372-373) pd mensyarahkan matan Minhaj al-Talibin susunan Imam al-Nawawi – Rahimahumullah: “(Dan berikan nama kpd anak itu) krn hal ini berdasarkan hadis yg sahih. Sekiranya anak itu mati sblmnya (yakni 7 hari slps kelahiran), bahkan disunatkan utk namakan anak yg gugur, yg sudah ditiupkan ruh ke dlmnya.” Hukum sunat ini juga dikuatkan dengan ayat al-Quran: ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ Maksudnya: Panggilah anak-anak itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (Al-Ahzab 5:33) . #yattmengayat

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents