Anak-anak dan gajet bagaikan sesuatu yang sinonim pada masa kini. Namun penggunaan peranti itu perlulah di kawal sebaiknya oleh ibu bapa. Tanpa kawalan penggunaan yang terlampau boleh memudaratkan si kecil tersayang.

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang mama dan papa boleh buat bersama dengan anak-anak di rumah terutamanya bagi yang berumur 2-3 tahun. Malah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan si kecil.

Ini aktiviti yang boleh mama dan papa buat di rumah bersama anak-anak berusia 2-3 tahun seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari

Mana yang ada anak kecil berusia 2-3 tahun, selain kita control penggunaan gajet tadi, kena jugak encourage mereka supaya selalu lakukan aktiviti yang boleh kuatkan otot-otot jari dan tangan.

Ini saya kongsikan 9 ‘games’ atau aktiviti mudah yang boleh si comel tu mainkan kat rumah.

#1. Ajak mereka masukkan syiling ke dalam tabung.

#2. Ambil botol yang ada penutup. Ajarkan anak kita untuk buka penutup botol tu dan kemudian tutupkan balik.

#3. Boleh jugak gunakan beg, seluar atau sweater yang berzip. Suruh si kecil tu main lock dan buka balik zip tu berulang kali.

IKLAN

#4. Kalau kat luar rumah tu ada pokok kari ke atau pokok berdaun kecil yang lain, dapatkan sebatang dahan yang kecil.

Minta dia cabut helaian daun kari tu satu persatu.

#5. Masa mandi kat bilik air, ajar dia untuk picit sendiri ubat gigi kat atas berus gigi.

Latih benda ni sampailah si comel tu mampu nak kawal kuantiti ubat gigi yang dipicit.

#6. Pergi kat laman rumah, kutip batu-batu kecil dan susun biar jadi bentuk yang menarik.

#7. Ajak dia main buka butang baju yang bersaiz besar.

#8. Sesekali joinlah dia main plasticin. Kita pakat gelek buat doh bentuk panjang-panjang.

#9. Waktu makan, berilah dia peluang untuk gunakan susu dan pinggan sendiri.

Galakkan supaya suap sendiri. Terabur sikit pun tak apa. Tu semua latihan untuk kuatkan otot jari dan tangan dia.

Games ni semua simple je.

Tapi kalau anak kita selalu buat, sampai masanya nanti dia akan mampu untuk menulis dan melukis dengan baik sebab waktu tu dia dah miliki kemahiran finger muscle control yang sangat bagus.

Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents