Wanita bergelar isteri sememangnya inginkan perhatian dan belaian sang suami. Barulah semangat dan kekuatannya makin bertambah dalam menjalani kehidupan dan rutinnya yang memenatkan. Bukan hanya isteri, bahkan suami juga inginkan perhatian yang sama. Jangan lokek untuk memberi perhatian kerana inilah yang perlu di dalam rumah tangga.

Bercerita mengenai alam rumah tangga, Ustaz Don Daniyal Don Biyazid tidak terkecuali berkongsi nasihat dan panduan buat semua dalam melayari bahtera.

Kongsinya di Facebook, walaupun dalam apa cara sekalipun, memberi penghargaan kepada pasangan amatlah perlu. Malah beliau turut menasihatkan para suami agar jangan malu untuk menunjukkan penghargaan pada isteri, wanita yang selama ini banyak menguatkan suami. Ini pesanan yang dikongsikan beliau.


“Abang-abang para suami,

Sebenaqnya kan dalam sedaq tak sedaq kita kena mengaku, dalam kejayaan kita hari ini tak kisahlah sebagai apa pun, sebenaqnya banyak mai punca dari isteri kita.

Bersemangatnya kita bekerja hari ini disebabkan adanya isteri yang selalu beri kata semangat, selalu dengaq dan redakan masalah kita. Takkan segak & kemasnya kita hari ini kita mai bekerja kalau bukan kerana isteri yang siapkan segalanya awai pagi. Tenangnya kita balik ke rumah tengok rumah kemas disebabkan isteri yang membanting tulang membantu.

Jadi di sini saya ada beberapa cadangan buat abang-abang semua, demi menjaga & mengekalkan kebahagian serta kerukunan rumahtangga semua dan demi membalas cinta isteri kita,” katanya.

IKLAN

Selalulah ucapkan terima kasih walaupun dalam sekecil perkara dan jangan malas untuk sentiasa berinteraksi dengan isteri walau dalam apa cara sekalipun. Ini yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don menerusi beberapa tip yang dikongsikannya.

Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga anak ini turut berkongsi beberapa tip lain sebagai panduan para suami. Jangan elak untuk lakukannya jika mahu kekal bahagia dalam rumahtangga.

1- Selalulah ucapkan terima kasih, walau sekecil perkara. Tak kisahlah sebut dengan mulut, hantaq whatsapp, tinggalkan nota, saya yakin itu sudah cukup buat hati depa berbunga-bunga hari tu. “Terima kasih siapkan bekal” “Terima kasih masak untuk abang”

2- Rajinkan mengusik, buat pickup line ka, hantaq mesej romantik, hantaq lagu ka. Tak perlu nak sempena-sempena, buat ja bila-bila. Biaq pi la depa kata kita buang tebiat, satgi depa jugak yang suka.

3- Ringankan tulang bantu mana yang boleh. Tak tahu nak tolong apa, tanya. Tak tahu nak masak, tolong teman dia duduk kat dapoq pun ok dah. Biaq dia tak rasa yang dia bekerja untuk kita tapi dia khidmat untuk kita. Dapat potong-potong sikit hat tu bonus.

4- Yang terakhir, hantaq depa pi mengaji, pi kuliah. Sebenaqnya lagi baguih kita yang pi mengaji, balik rumah kita yang cerita kat depa tapi takpalah. Dapat buat baguih. Tak dan, tu hantaq depa mengaji, bayaq kan yuran depa. Sebab kita nak depa jadi isteri solehah. Isteri solehah mana boleh jadi dengan tiba-tiba, dia kena ada ilmu,” kongsinya lagi.

Mohon Suami Isteri Cari Ilmu

Walaupun sudah berumah tangga namun jangan malas untuk mencari ilmu dan berusaha untuk mencari kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga. Malah suami kepada Dr Husna Mohd Zahry ini juga menitipkan ucapan buat para suami dan isteri agar mencari ilmu sebaiknya. Beliau juga turut berkongsi beberapa seminar yang dikendalikan oleh beliau.

” Contohnya kita ada buat seminar untuk para isteri, nama dia Aura Wanita & Al-Quran. Kelas online ja. Seminar ni nak share dengan semua isteri kisah sirah di zaman nabi, perjuangan para wanita yang diuji ketika dulu, bagaimana depa menghadapi dan menerima ujian dari Allah.

Jadi dengan hadirnya depa mengaji dalam kelas ni, insya Allah dapat jadi inspirasi untuk depa menjadi isteri solehah, jadi wanita yang sangat dicintai suami dan jadi peneman kita di syurga kelak insya Allah,” katanya lagi.


EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal Biyazid