Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini berjalan lancar apabila bekalan diperoleh, Kementerian Kesihatan sudah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan PKP, hari ini

Bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60-70 peratus atau 20-23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin COVID-19.

IKLAN

Buat masa ini, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi. Kerajaan juga sedang
dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

Kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia. Proses penilaian ini dibuat oleh
Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin COVID-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia.

Beliau juga turut mengingatkan seluruh rakyat untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Ya betul kita akan menerima bekalan vaksin tidak lama lagi tetapi itu
bukan satu-satunya langkah pencegahan dan pastinya bukan untuk penyembuhan.

Pencegahan paling utama adalah dengan diri kita sendiri melakukan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, gunakan hand sanitizer sekiranya tiada punca air yang berdekatan, pakai pelitup muka ketika berada di tempat-tempat awam, jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan bahawa Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan (9) buah Hospital
KKM di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research
Centre – CRC) masing-masing.

Kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan melibatkan seramai 3,000 sukarelawan dan Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaccine buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini. Kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali,
Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA telah diperolehi pada 8 Januari lalu.