Warna putih dan warna kuning kekuningan itu mungkin sudah biasa kita dengar. Namun rupa-rupanya susu ibu mempunyai beberapa jenis warna lain yang sudah semestinya berbeza sedikit rasanya pada si comel kita. Nak tahu apa jenis warna ini?

Berikut merupakan jenis-jenis warna susu ibu yang dikongsikan oleh Dietition Fizah Sobri. Kesemua ini anda perlu tahu. Memang menarik.


ADA BANYAK WARNA SUSU IBU

Warna biru/clear : Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah kemak berbanding dengan hindmilk. Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.

IKLAN

Kuning: Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin. Atau anda telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu. Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.

Hijau : Kemungkinan anda makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijai seperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring).

Merah/pink: Atau ada yang panggil sirap bandung pun ada. Mungkin anda makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandunhi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu.

Hitam/coklat: Hasil dari darah yang lama ataupun ubat ubat tertentu.

Ada ke mommies pernah mengalami warna susu yang semacam ini?

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents