Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengesahkan dirinya kini sudah pun hamil hampir empat bulan.

Ain berkongsi khabar gembira itu menerusi saluran Youtubenya pagi tadi. Pastinya perkhabaran yang cukup menggembirakan suami dan seluruh keluarga mereka.

Berkongsi video kejutan mengenai kehamilannya itu buat suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz ternyata amat terkejut malah pada mulanya menganggap ia adalah prank dari Ain.

” Banyak sangat orang tanya, ada yang kata nampak baby bump dan sebagainya.

“Ain rasa its time Ain nak share pasal benda ni, yes i’m pregnant..alhamdulillah” katanya berkongsi.

IKLAN

Kata Ain lagi dia terfikir untuk cuba menggunakan alat ujian kehamilan itu selepas dua hari lambat datang bulan.

“Ain sepatutnya datang bulan pada tarikh sepatutnya, sebab Ain tak pernah lambat jadi saya terfikir lah nak cuba pregnancy test. Dan tak sangka saya pregnant,” kata Ain lagi.

Menariknya, suami Ain pada mulanya tidak percaya dan menjangkakan isteri kesayangannya itu membuat prank seperti selalu. Pun begitu setelah diyakinkan oleh Ain barulah suaminya percaya.

Malah kata Ain lagi, dua hari sebelum itu dia dan suaminya sepatutnya bakal melakukan pelbagai aktiviti ketika bercuti di Langkawi tetapi kerana gembira dengan perkhabaran itu dan bimbang dengan kandungannya, Ain dan suami sepakat untuk hanya bersantai di hotel sahaja.

Dalam pada itu, menerusi video yang sama, Ain turut berkongsi kejutan yang dibuatnya kepada kedua ibu bapa dan mentuanya serta adik beradiknya yang lain. Tidak ketinggalan buat rakan-rakan rapatnya.

Ain juga dilihat berkongsi video ketika membuat pemeriksaan di klinik untuk melihat perkembangan bayinya. Kata Ain lagi ketika itu usia kandungannya hampir empat bulan.

Dalam pada itu, warga maya serta seluruh peminat Ain turut sama mengucapkan tahniah buat Ain dan suaminya. Ada yang terharu malah turut mengalirkan air mata melihat video yang dikongsikan Ain.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Ain. Selamat menempuh kehamilan yang indah buat Ain.

Terdahulu Ain mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019.

Artikel menarik: Tak Respond & Masih Tak Pandai Sebut Papa Mama, Dr Say Bimbang Anak Delay, Bawa Jumpa Pakar

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents